Bagaimana Haiwan Bermandiri ?
Kemandirian Hidupan
|
1. |
Hidupan perlu membiak untuk memastikan kewujudan
spesiesnya di alam ini. |
|
|
2. |
Walau bagaimanapun, hidupan terdedah kepada
pelbagai faktor yang menghalang kemandiriannya. Faktor-faktor ini boleh
menyebabkan kepupusan hidupan. |
|
|
3. |
Antara faktor-faktor
yang menyebabkan kepupusan hidupan ialah |
|
|
|
i. |
gangguan pemangsa. |
|
|
ii. |
ketiadaan air dan makanan. |
|
|
iii. |
keadaan cuaca yang
tidak sesuai. |
Kemandirian Haiwan
|
1. |
Haiwan perlu menjaga dan melindungi telur dan
anaknya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya. |
|
|
2. |
Haiwan yang melahirkan anak seperti mamalia, memelihara dan menyusukan
anaknya. Haiwan ini juga akan melindungi anak-anaknya dan menyediakan makanan. |
|
|
3. |
Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing,
monyet, gajah, harimau dan sebagainya. |
|
|
4. |
Haiwan yang bertelur tidak dapat melindungi anaknya
di dalam rahim. |
|
|
5. |
Haiwan yang bertelur dapat memastikan kemandirian
spesiesnya dengan cara |
|
|
|
i. |
bertelur dengan banyak. |
|
|
ii. |
bertelur di tempat
yang selamat. |
|
|
iii. |
menghasilkan telur bercangkerang keras. |
|
|
iv. |
menjaga telur sehingga menetas. |
|
6. |
Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, ikan dan
penyu. |
|
Kemandirian Tumbuhan
|
1. |
Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan
menghasilkan biji benih dan menyebarkan biji benihnya ke tempat-tempat yang
jauh dari induknya. |
|
|
2. |
Penyebaran biji benih ke tempat yang lebih jauh
akan mengurangkan persaingan antara
anak pokok yang baru tumbuh dan juga persaingan antara anak pokok dengan
pokok induk. |
|
|
3. |
Terdapat empat cara bagaimana tumbuhan menyebarkan
biji benihnya, iaitu: |
|
|
|
i. |
air. |
|
|
ii. |
angin. |
|
|
iii. |
haiwan. |
|
|
iv. |
mekanisme letupan. |